Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

262) KAMERA UNTUK PEGAWAI PENGUATKUASA PBT

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kamera untuk pegawai pengkuatkuasa akan dilaksanakan di seluruh PBT di Selangor dan berapa banyak peruntukan akan diperlukan untuk kelengkapan ini?

    (a) dan (b) dijawab bersekali;-

     

    Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Bilangan 1/2020 pada 18 Februari 2020 bersama Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), satu syarikat telah membentangkan kertas cadangan (proposal) berkaitan penggunaan kamera badan untuk pegawai-pegawai Kerajaan Tempatan semasa bertugas di kawasan awam. Mesyuarat telah mengesyorkan supaya PBT yang berkemampuan dapat membekalkan pegawai-pegawai Kerajaan Tempatan masing-masing terutama kepada pegawai penguatkuasa demi meningkatkan keselamatan pegawai. Buat masa ini, terdapat PBT yang telah mengambil inisiatif membekalkan kamera badan kepada penguatkuasa masing-masing. Antaranya adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Selayang. Manakala terdapat juga PBT yang dalam tindakan untuk pembelian kamera badan ini. Peruntukan yang telah dibelanjakan oleh PBT untuk pembelian kamera badan ini adalah seperti berikut:

    PBT Peruntukan yang telah digunakan untuk pembelian kamera badan (RM) Bilangan unit kamera badan
    MBPJ 52,500.00 50
    MPAJ 17,420.00 10
    MPK 8,000.00 2
    MPS 20,000.00 3

Lampiran

Tiada Lampiran.