Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

1) KAMPUNG BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini permohonan untuk membatalkan kawasan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 56.5 ekar daripada rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28 dan digantikan dengan kawasan berstatus tanah kerajaan dengan keluasan yang sama di kawasan KM 50.5 Sungai Panjang, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam?

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 12/2012 bertarikh 4 April 2012 telah menolak permohonan membatalkan kawasan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Omar, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 56.50 ekar daripada Rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28 dan digantikan dengan kawasan berstatus tanah kerajaan dengan keluasan yang sama di kawasan KM50.5 Sg. Panjang, Mukim Sg. Panjang, Daerah Sabak Bernam kerana tanah ganti bukan status yang sama iaitu tanah pekan.

    Pejabat Daerah/Tanah Sabak Bernam telah berusaha mencari tanah gantian. Walau bagaimanapun, tanah gantian dengan keluasan yang sama tidak berada di satu kawasan yang sama iaitu tanah pekan.

Lampiran

Tiada Lampiran.