Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

242) KAMPUNG BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini permohonan untuk membatalkan kawasan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 56.5 ekar daripada rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28 dan digantikan dengan kawasan berstatus tanah kerajaan dengan keluasan yang sama di kawasan KM 50.5 Sungai Panjang, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam?

    a) Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 11/2012 yang diadakan pada 28 Mac 2012 menolak permohonan untuk membatalkan kawasan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 56.5 ekar daripada rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28 dan digantikan dengan kawasan berstatus tanah kerajaan dengan keluasan yang sama di kawasan KM 50.5 Sungai Panjang, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam kerana tanah ganti bukan status yang sama iaitu tanah pekan. Ini selaras dengan perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.