Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

253) KAMPUNG BAGAN NAKHODA OMAR (BNO)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini permohonan membatalkan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam daripada rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28?

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Ke 11/2012 yang diadakan pada 28 Mac 2012 menolak permohonan untuk membatalkan kawasan tanah kerajaan di Bagan Simpang Empat BNO, Pekan Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 56.5 ekar daripada rizab Melayu Sungai Lang GN 925-28 dan digantikan dengan kawasan berstatus tanah kerajaan dengan keluasan yang sama di kawasan KM 50.5 Sungai Panjang, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam kerana tanah ganti bukan status yang sama iaitu tanah pekan. Ini selaras dengan perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.