Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

40) KAMPUNG BARU

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sehingga kini, berapakah jumlah Kampung Baru dan kawasan Kampung Bagan yang telah mendapat geran tanah?

    Sehingga 30 September 2009, sebanyak 9,230 lot tanah Kampung Baru telah
    dikeluarkan hakmilik. Manakala bagi kawasan Kampung Bagan, tiada hakmilik
    dikeluarkan kerana kawasan penempatan ini terletak di dalam kawasan rizab sungai
    atau rizab hutan. Penduduk di Kampung Bagan hanya diberikan Lesen Pendudukan
    Sementara (LPS) dan hanya melibatkan beberapa daerah seperti Kuala Selangor, Klang
    dan Sabak Bernam. Perincian mengikut pecahan daerah adalah seperti dilampirkan.
    1) Kampung Baru
    BIL DAERAH KELUASAN JUMLAH LOT
    JUMLAH LOT YANG
    DIKELUARKAN
    HAKMILIK
    1. Petaling 819.197 hektar 5,027 1,810
    2. Klang 2,500 ekar 1,391 1,357
    3. Hulu Langat Lbk. 624 3,320 1,524
    4. Gombak 136.4 Hektar 337 319
    5. Kuala Langat 1,403.64 ekar 2,515 2,151
    6.
    Kuala
    Selangor
    146.303 ekar 932 932
    7. Hulu Selangor – – 138
    8. Sepang Lbk. 241.4 678 149
    9. Sabak Bernam 146.24 ekar 980 850
    2) Kampung Bagan
    BIL DAERAH KELUASAN JUMLAH LOT
    JUMLAH LOT YANG
    DIKELUARKAN
    HAKMILIK
    1. Petaling Tiada Tiada Tiada
    2. Klang 732.7 ekar 125 plot
    Hanya dilupuskan
    secara LPS
    3. Hulu Langat Tiada Tiada Tiada
    4. Gombak Tiada Tiada Tiada
    5. Kuala Langat Tiada Tiada Tiada
    6.
    Kuala
    Selangor
    149.478 ekar 1,169
    TOL sahaja / Tanah
    rizab hutan
    7. Hulu Selangor Tiada Tiada Tiada
    8. Sepang Tiada Tiada Tiada
    9. Sabak Bernam 45 ekar 461
    Dalam Proses
    Pengeluaran

Lampiran

Tiada Lampiran.