Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

53) KAMPUNG BARU CINA

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan ke Kampung Baru Cina sejak Pakatan Rakyat memerintah

    Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 5,476,000.00 kepada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan sebanyak RM

    3,337,983.79 telah disalurkan untuk melaksanakan projek-projek kecil Kampung Baru / Bagan / Tersusun Negeri Selangor. Manakala pada tahun 2010, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 5,400,000.00 kepada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan sebanyak RM 4,230,308.82 telah disalurkan untuk melaksanakan projek-projek kecil Kampung Baru / Bagan / Tersusun Negeri Selangor. Walau bagaimanapun pada tahun 2011, Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan sebanyak RM 5,000,000.00 kepada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan setakat Jun 2011, sebanyak RM 2,593,600.24 telah disalurkan untuk melaksanakan projek-projek kecil Kampung Baru / Bagan / Tersusun Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.