KAMPUNG BARU DAMANSARA

100) KAMPUNG BARU DAMANSARA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butirkan peruntukan kewangan yang disalurkan kepada JKKK dan MPKK Kampung Baru Damansara, Seksyen 17A Petaling Jaya dalam 5 tahun yang lepas.

    Bagi Tahun 2016 dan 2017, JKKK Kampung Baru Damansara telah menerima peruntukan tahunan berjumlah RM10,000.00 setahun bagi tujuan pelaksanaan program dan aktiviti kemasyarakatan selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Ke-22/2012 bertarikh 13 Jun 2012 dan disahkan oleh MMKN Selangor Ke-23/2012 pada 20 Jun 2012. Bermula pada tahun 2018, peruntukan tahunan tersebut telah ditingkatkan kepada RM20,000.00 setahun selaras dengan keputusan MMKN Selangor Ke-18/2018 bertarikh 27 Jun 2018 dan disahkan oleh MMKN Ke-22/2018 pada 4 Julai 2018.

    Secara keseluruhannya, JKKK dan MPKK Kampung Baru Damansara telah menerima peruntukan kewangan berjumlah RM80,000.00 bagi tempoh lima tahun terakhir bermula pada Tahun 2016 sehingga Tahun 2020. Sehingga 30 September 2020, baki terkini peruntuan kewangan Kampung Baru Damansara adalah berjumlah RM85,490.05 seperti perincian berikut;

    Tatacara penggunaan peruntukan tersebut adalah berdasarkan garis panduan berikut;

    i. Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2011 – Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Selangor; dan

    ii. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2019 – Pindaan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2011: Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.