Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

104) KAMPUNG BARU

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar pembangunan kampung baru di Selangor?

    Dasar pembangunan kampung baru di Negeri Selangor merangkumi pembangunan masyarakat dan fizikal yang mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat selaras dengan prinsip pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Antara program-program pembangunan kampung baru yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru Negeri Selangor adalah seperti berikut :

    1. Pelaksanaan projek-projek kecil infrastruktur di kawasan kampung baru bagi menjamin keselesaan penduduk.
    2. Pelantikan Pengerusi JKKK yang berperanan sebagai ketua dan pemimpin jawatankuasa di peringkat kampung dan bertanggungjawab merancang, menggunakan sumber yang ada, menyatupadukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat yang sejahtera.
    3. Mengadakan program-program kesedaran seperti Program Riang Ria Membaca untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan masyarakat setempat.
    4. Mewujudkan Pasukan Keselamatan Kejiranan (PKK) bagi menggalakkan JKKK kampung untuk melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan kampung dengan lebih efektif dan cekap.

Lampiran

Tiada Lampiran.