Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

213) KAMPUNG CONTOH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri masih meneruskan pertandingan kampung contoh di Negeri Selangor sebagai perangsang kepada usaha menjaga kebersihan?

    Anugerah Kampung Tradisi Terbaik Negeri Selangor merupakan satu pertandingan yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri untuk melahirkan kampung tradisi yang terbaik melalui pelbagai aspek yang dipertimbangkan. Kerajaan negeri masih meneruskan pertandingan kampung contoh di Negeri Selangor sebagai perangsang kepada usaha menjaga kebersihan bagi tahun 2015.

    Pertandingan ini adalah kali kedua diadakan di negeri Selangor selepas tahun 2011 di mana pada tahun tersebut sebanyak dua (2) kategori dipertandingkan iaitu Pertandingan Ketua Kampung Tradisi Terbaik dan Pertandingan Rumah Tradisional Tercantik. Pada tahun 2015, sebanyak dua (2) kategori akan dipertandingkan iaitu Pertandingan Kampung Tradisi Terbaik dan Anugerah Usahawan Desa Terbaik.

Lampiran

Tiada Lampiran.