Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

41) KAMPUNG MELAYU TRADISI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadikan Kampung Sri Indah B sebagai Kampung Melayu tradisi?

    Kerajaan Negeri pada masa kini sedang di dalam proses untuk mengiktiraf kampung-kampung tradisi yang memenuhi ciri-ciri sebagai kampung tradisi tetapi belum diiktiraf oleh Kerajaan Negeri. Merujuk kepada Buku Manual Panduan Kerja JKKK Negeri Selangor Darul Ehsan (September, 2001), definisi kampung adalah kampung-kampung yang mempunyai salah satu atau kombinasi dari kriteria seperti berikut:

    • Kawasan yang aktivitinya 60% pertanian;
    • Jumlah penduduk yang kurang daripada 10,000 orang;
    • Kurang kemudahan infrastruktur;
    • Terletak di luar kawasan Majlis Daerah/ Kerajaan Tempatan;
    • Termasuk lingkungan kawasan kampung tradisi; atau
    • Mengamalkan budaya desa dalam urusan harian di sesuatu kampung.

    Sehubungan itu, untuk menjadikan Kampung Sri Indah B sebagai kampung tradisi yang diiktiraf, kriteria-kriteria seperti yang dimaklumkan perlu dipenuhi.

Lampiran

Tiada Lampiran.