Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

85) KAMPUNG ORANG ASAL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah Kampung Orang Asal di Selangor yang masih tidak mempunyai akses kepada air minum bersih dan kemudahan elektrik.

    Sehingga kini masih terdapat empat Kampung Orang Asli yang masih belum mendapat bekalan elektrik seperti berikut;

    • Kg OA Bukit Jenuk, Sepang – dalam proses pembinaan oleh TNB
    • Kg OA Kemenshah, Gombak – dalam proses pembinaan oleh TNB iii Kg OA Bt 16, Gombak – dalam proses pembinaan oleh TNB
    • Kg OA Sg Relang, Gombak – dalam proses kajian oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan TNB.

    Kesemua Kampung Orang Asli telah mempunyai akses kepada air minuman menggunakan kaedah paip retikulasi (SYABAS), bekalan air graviti dan bekalan air bawah tanah.

    Setakat ini terdapat sebuah Kampung Orang Asli yang masih tiada bekalan air bersih dan bekalan elektrik. Nama kampung adalah seperti berikut:

    Bil. Nama Kampung Daerah Jumlah KIR Catatan
    1. Kg. Orang Asli Bukit Tunggul Sepang 16 Masalah tanah

Lampiran

Tiada Lampiran.