Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

89) KAMPUNG TRADISI PELBAGAI ETNIK BERBUDAYA MALAYSIA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan berminat melalui kaedah call for proposals, untuk membangunkan kawasan di Kg Taman Warisan Klang Gate sebagai pusat pelancongan diversity bagi flora dan fauna yang lengkap dengan homestay kampung tradisi pelbagai etnik berbudaya Malaysia?

    MPAJ berminat dengan cadangan membangunkan Kg Taman Warisan Klang Gate sebagai pusat pelancongan diversity bagi flora dan fauna yang lengkap dengan homestay kampung tradisi pelbagai etnik. Walaubagaimanapun perkara ini perlu penilitian dan penyelarasan teknikal dari semua agensi yang berkaitan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Jabatan Hutan dan lain – lain agensi yang berkepentingan supaya tidak menimbulkan masalah pada masa akan datang. Perancangan ini juga akan ditambahhbaik dalam Rancangan Tempatan MPAJ 2035 (Penggantian) yang kini dalam proses penyediaan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.