Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

179) KANAK-KANAK ISTIMEWA DAN AUTISME

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah kanak-kanak istimewa dan autisme di Selangor mengikut umur dan bangsa

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, sehingga Jun 2017, terdapat seramai 18,461 orang kanak-kanak istimewa dan autisme yang berdaftar dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Pecahan statistik mengikut umur dan kumpulan etnik adalah seperti berikut:

    Kumpulan Umur Kategori OKU Autisme Kategori Kanak-kanak Istimewa Selain Autisme JUMLAH
    Kurang dari 6 tahun 483 1,846 2,329
    7 – 12 tahun 1,765 7,607 9,372
    13 – 18 tahun 414 6,322 6,736
    Tidak Dinyatakan 24 24
    JUMLAH 2,662 15,799 18,461

    Jadual a: Statistik kanak-kanak OKU mengikut kumpulan umur

    Sumber : Bahagian Orang Kurang Upaya,

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

    Kumpulan Etnik Kategori OKU Autisme Kategori Kanak-kanak Istimewa Selain Autisme JUMLAH
    Melayu 1,848 11,361 13,209
    Cina 557 2,506 3,063
    India 199 1,583 1,782
    Pribumi Semenanjung 5 147 152
    Pribumi Sabah 14 59 73
    Pribumi Sarawak 8 49 57
    Lain-lain 31 94 125
    JUMLAH 2,662 15,799 18,461

    Jadual b: Statistik kanak-kanak OKU mengikut kumpulan etnik

     

    Sumber : Bahagian Orang Kurang Upaya,

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.