Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

137) KARNIVAL KAMPUNGKU KESAYANGANKU TAHUN 2017

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan kampung yang telah menjalankan program ini sepanjang tahun 2017

    Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) merupakan program tahunan yang telah dilaksanakan bermula tahun 2015 untuk memperkasakan institusi kampung. Program ini juga diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2016 dan 2017 selepas mendapat maklum balas yang positif dari Pejabat Daerah dan juga penduduk kampung. Pada tahun 2017, Program 3K dilaksanakan di sembilan (9) buah daerah dalam Selangor. Berikut adalah senarai kampung yang telah dan akan menjalankan program ini sepanjang tahun 2017 :

    DAERAH TARIKH KAMPUNG
    Hulu Langat 24 & 25 Feb Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasik Tambahan, Mukim Ampang

     

    Klang 17 & 18 Mac Masjid At-Taqwa, Kampung Bukit Kapar, Mukim Kapar

     

    Sepang 14 & 15 April Masjid Pulau Meranti, Kampung Pulau Meranti, Mukim Dengkil

     

    Hulu Selangor 19 & 20 Mei Masjid Ar-Rahmah, Kampung Sungai Buaya, Mukim Bandar

     

    Kuala Langat 28 & 29 Julai Masjid Ar-Raudhah, Kampung Sungai Kelambu, Mukim Tanjung Dua Belas Satu (1)

     

    Sabak Bernam 18 & 19 Ogos Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Sungai Air Tawar, Mukim Sungai Air Tawar

     

    Petaling 08 & 09 Sept Masjid Bandar Baru Sungai Buloh, Kampung Sungai Pelong, Mukim Sungai Buloh Satu (1)

     

    Gombak 06 & 07 Okt Masjid Amaniah, Kampung Melayu Batu Caves, Mukim Batu

     

    Kuala Selangor 20 & 21 Okt Masjid Nurul Iman, Kampung Bukit Cherakah, Mukim Jeram

     

Lampiran

Tiada Lampiran.