Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

154) KASIH IBU SMART SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah permohonan KISS mengikut DUN.

    a) dan b)

    Sebagaimana ucapan pembentangan belanjawan yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada November 2017 yang lalu, seramai 30,000 orang rakyat Selangor akan menerima manfaat daripada program ini dengan nilai sebanyak RM200.00 sebulan bagi setiap orang yang akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri kepada golongan ibu bagi menampung pembelian barangan keperluan asas keluarga tanpa tunai di kedai atau pasaraya yang telah dikenalpasti.

    Secara keseluruhan, jumlah penerima kad KISS di seluruh Negeri Selangor sehingga 21 Mac 2018 adalah seramai 20,081 orang. Pemberian kad KISS kepada Pejabat DUN atau Penyelaras DUN dan seterusnya kepada penerima kad KISS adalah dilaksanakan secara berperingkat mengikut DUN kerana proses kerja yang perlu dilalui bermula dari penerimaan permohonan sehingga cetakan kad perlu dilaksanakan dan disemak dengan teliti agar proses pemilihan dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.