Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

118) KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sistem pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) masih beroperasi secara manual. Bilakah sistem ini akan ditukar kepada pendaftaran atas talian agar maklumat dapat dikemaskini secara sistematik oleh staf Pusat Khidmat Masyarakat ADN Selangor dan SELGATE?

    Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Selcare Management Sdn Bhd selaku pengendali Program KISS pada masa ini sedang dalam proses meningkatkan tahap capaian untuk permohonan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) secara dalam talian (online). Sebagaimana yang dinyatakan oleh ahli Yang Berhormat, permohonan dalam talian ini akan memudahkan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung semasa proses permohonan, pengemaskinian maklumat dan ianya adalah lebih sistematik serta mudah dicapai apabila diperlukan pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.