Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

79) KASIH IBU SMART SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah SOP dan kriteria untuk permohonan KISS yang dilancarkan baru-baru ini? Berapa jumlah peruntukan?

    Standard Of Procedure (SOP) bagi pelaksanaan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) telah disediakan bertujuan sebagai garis panduan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam pengendalian, pelaksanaan dan seterusnya menjayakan keseluruhan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) di seluruh Negeri Selangor. SOP yang telah disediakan adalah seperti berikut :-

    • Pemohon memuat turun borang permohonan KISS daripada laman web rasmi KISS.
    • Pemohon mengisi dan melengkapkan borang permohonan KISS beserta dokumen
    • Pemohon menghantar borang permohonan beserta dokumen berkaitan kepada Pejabat ADUN/ Penyelaras DUN/ Pejabat EXCO
    • Pejabat DUN/ Penyelaras menghantar kepada SELCARE :

     

    • Borang permohonan KISS beserta dokumen berkaitan yang layak sahaja.
    • Softcopy senarai nama pemohon KISS yang layak

    SELCARE menyemak borang dan softcopy permohonan KISS :

    1. Jika tidak lengkap, SELCARE pohon Pejabat DUN/ Penyelaras untuk lengkapkan.
    2. Jika lengkap, SELCARE akan proses untuk:
    • SELCARE pastikan senarai nama pemohon yang layak tidak
    • SELCARE menghantar senarai nama dan No KP pemohon yang layak menurut DUN untuk dicetak oleh
    • SELCARE terima kad KISS yang telah dicetak daripada

     

    SELCARE mendapat kelulusan UPEN/ Kerajaan Negeri Selangor sebelum kad KISS dihantar ke Pejabat DUN/ Penyelaras DUN/ Pejabat EXCO Kebajikan.

    SELCARE hantar kad KISS menurut DUN ke Pejabat DUN/ Pejabat DUN/      Penyelaras      DUN/      Pejabat      EXCO      Kebajikan menandatangani borang penerimaan sewaktu penghantaran kad Pejabat DUN/    Penyelaras    DUN/    Pejabat    EXCO    Kebajikan    akan mengagihkan kad KISS kepada ahli

    • Ahli KISS wajib mengaktifkan kad KISS sebelum
    • Ahli KISS membuat pembelian di kedai-kedai panel berdaftar

    Jumlah peruntukan keseluruhan bagi Program KISS adalah berjumlah RM72,000,000.00 setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.