Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

145) KAWAL SELIA PENGGUNAAN TANAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah terdapat rancangan Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan kaedah baru Ôpre-emptiveÕ yang lebih berkesan yang dapat mengekang dari awal penggunaan tanah secara tidak bertanggungjawab oleh pemilik?

    Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 Pindaan 2016 telah memperuntukan di bawah Seksyen 115 iaitu syarat tersirat yang menyentuh tanah tertakluk kepada kategori ‘pertanian’, Seksyen 116 iaitu syarat tersirat yang menyentuh tanah tertakluk kepada kategori ‘bangunan’ dan Seksyen 117 iaitu syarat tersirat yang menyentuh tanah tertakluk kepada kategori ‘perindustrian’. Bila berlaku suatu perlanggaran syarat telah berbangkit di bawah Seksyen 125 KTN secara berterusan tindakan seterusnya hendaklah diambil oleh Pentadbir Tanah di bawah Seksyen 127 KTN.

    Pentadbir Tanah boleh mengambil tindakan sama ada mengeluarkan notis dalam borang 7E iaitu Notis Supaya Menunjukkan Sebab Mengenai Pengenaan Denda (denda tidak kurang daripada RM500), jika pelanggaran masih berterusan Pentadbir Tanah boleh mengeluarkan notis dalam borang 7F iaitu Notis Mengenai Niat Untuk Mempastikan Remedi Pelanggaran Atau Menguatkuasakan Pelucutanhak Tanah (denda tidak kurang daripada RM 100 setiap hari pelanggaran itu berlaku) atau terus mengambil tindakan di bawah Seksyen 128 KTN, notis dalam Borang 7A iaitu Notis Untuk Memulihkan Pelanggaran Syarat atau dibawah Seksyen 129 KTN, notis dalam Borang 7B iaitu Notis Supaya Menunjukkan Sebab dan sehingga kepada perampasan tanah di bawah Seksyen 130 KTN, notis dalam Borang 8A iaitu Notis Perkembalian Tanah Kepada Kerajaan.

    Kerajaan Negeri melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sentiasa bekerjasama dan berganding bahu secara berterusan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.