Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

181) KAWALAN HARGA PASIR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Benarkan kenaikan harga rumah adalah disebabkan faktor kenaikan harga pasir?

    Pasir hanyalah salah satu bahan yang digunakan dalam pembinaan rumah. Pada kebiasaannya, kandungan pasir dalam konkrit untuk pembinaan adalah antara 10% hingga 30%, mengikut gred dan penggunaannya. Terdapat bahan- bahan lain yang lebih menyumbangkan kepada peningkatan kos pembinaan rumah seperti simen, agregat dan besi

Lampiran

Tiada Lampiran.