Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

71) KAWALAN HARGA RUMAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Draf permohonan telah dinyatakan harga unit telah ditetapkan. Apakah yang menyebabkan harga rumah dijual tanpa kawalan. Huraikan kenapa ini terjadi

    Dasar Rumah Selangorku telah menetapkan syarat penyediaan Rumah Mampu Milik di antara 20% hingga 50% daripada unit perumahan yang dibina dalam sesuatu pembangunan berdasarkan kepada kawasan pembangunan yang telah ditetapkan sama ada terletak dalam Zon 1,  Zon 2 ataupun Zon 3. Penyediaan rumah mampu milik tersebut telah ditetapkan harga jualannya di antara RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit berdasarkan saiz keluasan lantai dan jenis. Berdasarkan kepada syarat pembangunan yang telah ditetapkan tersebut, secara tidak langsung Kerajaan Negeri telah mengawal harga jualannya sekurang-kurangnya 20% hingga 50% bagi sesuatu pembangunan. Baki bagi 50% hingga 80% unit-unit tersebut adalah pada harga bebas. Penetapan harga jualan bagi harga bebas ini kebiasaannya ditetapkan berdasarkan kepada harga pasaran yang ditentukan oleh penawaran dan permintaan bagi sesuatu kawasan. Selain itu, beberapa faktor lain yang menyumbangkan kepada peningkatan harga jualan rumah yang biasanya diberikan penekanan oleh pemaju adalah seperti kenaikan harga barangan pembinaan, pengenaan kadar premium tanah, pengenaan caj-caj / bayaran caruman, kos infrastruktur dan sebagainya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.