Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

302) KAWALAN HARGA TEMPAT LETAK KERETA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan melalui PBT pada masa ini mengawal kadar bayaran yang dikenakan oleh operator tempat letak kereta?

    Pada masa ini, PBT  hanya mengawal kadar bayaran tempat letak kereta di bawah pentadbiran PBT sahaja. Bagi kadar bayaran tempat letak kereta di atas  tanah  persendirian, ia ditentukan oleh Syarikat Operator yang beroperasi. Walau bagaimanapun, Undang-Undang Kecil 10 (UUK) Tempat Letak Kereta Persendirian (2005) di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) telah menetapkan setiap kadar yang dikenakan hendaklah diluluskan oleh pihak berkuasa melesen (PBT)

    Untuk makluman juga, peruntukan undang-undang yang diguna pakai oleh PBT adalah berdasarkan Perenggan 56 Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) 2007 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Undang-Undang Kecil 10 (UUK) Tempat Letak Kereta Persendirian (2005) di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kadar bayaran yang ditentukan oleh PBT akan diputuskan di dalam Mesyuarat Majlis Penuh dengan mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan kadar tersebut adalah munasabah.

Lampiran

Tiada Lampiran.