Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

184) KAWALAN JUALAN ARAK

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Didapati mekanisme jualan arak dikawal oleh penjual bukan melalui penguatkuasaan pihak berkuasa. Apakah mekanisme yang paling berkesan untuk mengawal jualan arak khasnya di kawasan majoriti orang Islam?

    Lesen bagi menjual  liquor  atau  minuman  keras  ini  dikeluarkan  oleh  Pejabat  Tanah Daerah dan tertakluk di bawah Akta Kastam Dan Eksais manakala PBT akan hadir sebagai ahli dan akan membuat ulasan terhadap permohonan minuman keras di  kawasan masing – masing. Menurut data yang dikeluarkan oleh  Pejabat  Tanah, sehingga Mac 2011 sebanyak 84 unit lesen menjual minuman keras yang dikeluarkan bagi kawasan Shah Alam oleh Pejabat Tanah Klang dan Petaling.  Ini termasuk lesen  bagi jenis borong, runcit dan rumah awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.