Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

99) KAWALAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana Kerajaan Negeri mengawal dan memperkemaskan peraturan terhadap pengusaha-pengusaha membangunkan projek perumahan dan penjualan tanah-tanah lot, daripada berlakunya kes penipuan kepada pembeli, banjir lumpur, tanah runtuh dan pencemaran sumber air sungai.

    a) dan b)

     

    Kerajaan Negeri sentiasa mengawal dan mengemaskini peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh semua pihak-pihak yang berkepentingan ke atas semua tanah pembangunan dalam Negeri Selangor.

     

    Semua kawasan di seluruh Negeri Selangor telah pun diwartakan di dalam kawasan pentadbiran 12 Pihak Berkuasa Tempatan, dan sebarang pemajuan atau perancangan untuk pembangunan perlu mendapat Kebenaran Merancang melalui peruntukan Akta Perancang Bandar Dan Desa Negeri Selangor 1976 (Akta 172) dan Permohonan Tukar Syarat Tanah melalui peruntukan Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

     

    Seseorang pemilik tanah atau pemaju yang bercadang untuk memajukan sesuatu tapak dalam kawasan Negeri Selangor adalah tertakluk kepada kedua- dua akta berkenaan di samping beberapa akta lain yang berkaitan berdasarkan peringkat pemajuannya.

     

    Berkaitan dengan kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh dan pencemaran air sungai, ia dapat dihindarkan dengan cara pihak PBT perlu meneliti tentang risiko bagi setiap kawasan, terutama yang melibatkan kawasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) seperti mana yang telah dilaporkan dan dikenalpasti oleh perunding yang dilantik dalam LCP yang dikemukakan.

     

    Bagi tapak pembangunan yang dikategorikan sebagai kawasan KSAS, ia perlu dibawa ke Jawatankuasa KSAS Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh Pengarah JPBD Negeri Selangor, untuk diteliti dan dinilai oleh Jabatan Teknikal termasuklah IKRAM, JKR dan JMG sebelum Kebenaran Merancang dipertimbangkan oleh PBT.

     

    Bagi projek yang melibatkan pecah sempadan tanah / lot, pihak pemaju juga perlu mendapatkan kelulusan KM dan kelulusan pecah sempadan tanah dari Pihak Berkuasa Negeri. Jika didapati mana-mana pihak atau pemaju atau pemilik tanah yang menjalankan operasi menjual tapak /lot tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, tindakan penguatkuasaan akan dijalankan ke atas mereka oleh Pihak Berkuasa Tempatan Dan Pentadbir Tanah Daerah di kawasan berkaitan.

     

    Untuk mengelak daripada berlakunya kes penipuan semua bakal pembeli haruslah bersikap proaktif dan mempunyai kesedaran dan pengetahuan tentang proses semakan yang perlu di buat terlebih dahulu kerana transaksi penjualan tanah di Selangor akan melibatkan sesuatu jumlah wang yang besar.

     

    Beberapa peringkat semakan berikut perlu dibuat oleh bakal pembeli ke atas maklumat dari penjual atau wakil penjual seperti berikut :

     

    • Mendapatkan salinan geran asal yang sah bagi lot individu atau lot strata bagi tanah lot atau tapak atau premis kediaman yang hendak dibeli dari

     

    • Mendapatkan maklumat tentang kelulusan Kebenaran Merancang atau pelan susunatur yang telah diperakukan kepada perumahan dari

     

    • Bakal pembeli juga perlu membuat semakan status terkini ke atas geran tanah atau kelulusan tukar syarat tanah dari pertanian kepada perumahan dari Pejabat Tanah yang berkaitan dengan membuat permohonan carian rasmi atau carian individu ke atas tanah yang

     

    1. Bakal pembeli yang menggunakan wang simpanan sendiri yang seringkali tertipu manakala yang menggunakan khidmat pinjaman bank akan lebih terselamat kerana pihak bank akan menggunakan khidmat guaman sebelum proses pinjaman

     

    • Pembeli juga boleh mendapatkan salinan Perjanjian Jual Beli yang asal dengan melihat sendiri perbandingan salinan kedua dengan salinan

     

    • Pembeli dinasihatkan supaya sentiasa melantik peguam sendiri untuk menyiasat tentang kesahihan maklumat sebelum membuat apa-apa urusan pembayaran bagi mengelak dari berlaku

     

Lampiran

Tiada Lampiran.