KAWASAN CERUN DI NEGERI SELANGOR
18) KAWASAN CERUN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah - langkah drastik Kerajaan Negeri melalui PBT untuk memastikan kesemua kawasan - kawasan cerun di Negeri Selangor sentiasa berada pada tahap selamat ?
Kerajaan Negeri telah mengarahkan setiap PBT Selangor untuk menubuhkan unit cerun bagi tujuan menyediakan inventori seterusnya melaksanakan kerja pemantauan cerun di kawasan PBT masing-masing . PBT perlu melaporkan kepada Kerajaan Negeri sekiranya didapati terdapat cerun berisiko yang perlu dilaksanakan penstabilan untuk tujuan pertimbangan bantuan peruntukan.
