Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

51) KAWASAN DAN TAHAP PERKHIDMATAN WIFI SELANGORKU

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan kawasan-kawasan yang mempunyai perkhidmatan Wifi Selangorku percuma di seluruh negeri dan DUN Bandar Utama.

    WiFi Smart Selangor sedang dalam proses penjajaran semula dan ditambahbaik mengikut kelulusan mesyuarat MMKN ke-25/2020 pada 8 Julai 2020. Kluster-kluster yang telah diluluskan adalah pendidikan, kesihatan, keagamaan, dan komuniti dengan tumpuan ke kawasan luar bandar dan kumpulan sasaran B40 dan M40.

    Senarai terkini 3 lokasi WiFi Smart Selangor di DUN Bandar Utama adalah seperti berikut:

    I. Masjid Aminah Al-Muhairi, Jalan SS2/4 47300 Petaling Jaya, Selangor
    II. Masjid Al-Ehsan, Jalan SS4A/4 47301 Petaling Jaya, Selangor
    III. Masjid Al-Ma’muriah, Jalan Masjid Kg Kayu Ara 47400 Petaling Jaya Selangor
    Senarai 641 lokasi perkhidmatan WiFi Smart Selangor di seluruh Negeri Selangor adalah seperti di lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.