Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

131) KAWASAN HIJAU PBT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah syarat-syarat kegunaan kawasan hijau dan kawasan lapang PBT yang dibenarkan mengikut undang-undang?

    Kawasan bagi tanah lapang awam terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu Kategori A, B dan C. Bagi Kategori A iaitu tanah lapang awam bermaksud tanah lapang dalam skim-skim pembangunan yang diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri yang mana tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 2(1), Akta 172 dan Seksyen 5 dan 62, Kanun Tanah Negara. Kategori B adalah kemudahan rekreasi awam yang dibangunkan untuk digunakan bagi tujuan awam tertakluk di bawah peruntukan perundangan selain Akta 172 yang terletak di dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), manakala Kategori C pula adalah kawasan rekreasi awam yang terletak di dalam kawasan operasi PBT yang dibenarkan untuk diguna oleh orang awam bagi tujuan rekreasi. Komponen tanah lapang yang diambil kira mengikut kategori adalah seperti berikut:

    Komponen Tanah Lapang Awam yang Diambil Kira

    Kategori A Kategori B Kategori C
    ·      Taman Awam

    Ø  Taman Bandaran

    Ø  Taman Tempatan

    Ø  Taman Kejiranan

    Ø  Taman Bunga Awam

    Ø  Laman Rekreasi

    ·      Kemudahan Sukan dan Padang Permainan

    ·      Lot Permainan

    ·      Stadium

    ·      Kompleks sukan

    ·      Padang polo

    ·      Padang bola sepak

    ·      Gelanggang permainan (badminton, tenis, futsal dll)

    ·      Kolam renang

    ·      Taman Botani

    ·      Hutan Bandar

    ·      Hutan Lipur (kawasan yang dimajukan sahaja)

    ·      Rizab Sungai (bagi tujuan rekreasi)

    ·      Rizab Pantai (bagi tujuan rekreasi)

    ·      Kolam takungan dan tadahan air yang digunakan bagi tujuan rekreasi aktif dan pasif (tidak termasuk kolam takungan atau tadahan sahaja)

Lampiran

Tiada Lampiran.