Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

138) KAWASAN HOTSPOT DENGGI DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kesemua kawasan hotspot denggi di Selangor dalam enam bulan pertama tahun 2015 dan bilangan kes denggi berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2013 dan 2014.

    Senarai kawasan hotspot denggi di Negeri Selangor dalam enam bulan pertama tahun 2015 adalah seperti di LAMPIRAN A, dan bilangan kes denggi berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2013 dan 2014 adalah seperti di jadual berikut:-

    JUMLAH KES DEMAM DENGGI PADA PERTENGAHAN TAHUN

    2012, 2013, 2014 DAN 2015

    TAHUN JUMLAH KES DENGGI KEMATIAN
    2012 5,931 11
    2013 6,842 10
    2014 29,799 41
    2015 39,479 89

     

Lampiran

Tiada Lampiran.