Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

250) KAWASAN HUTAN DIJADIKAN KAWASAN PEMBANGUNAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keluasan tanah hutan telah ditukarkan penggunaan tanah dan diluluskan untuk pembangunan dalam tempoh 2013-2015 di seluruh Selangor khususnya di DUN Teratai?

    a), b)

     

    Tiada pemansuhan keluar Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Selangor untuk pembangunan bagi tempoh 2013 – 2015 termasuk juga bagi kawasan di DUN Teratai.

     

    Jumlah keseluruhan keluasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Selangor yang diluluskan untuk projek pemasangan TNB Pylon di Negeri Selangor bagi tahun 2015 dan 2016 adalah 118.08 hektar. Projek pemasangan TNB Pylon ini melibatkan tiga (3) projek iaitu Projek Talian Penghantaran Elektrik 275/132kV dari PMU Mahkota Cheras ke PMU Mahkota Cheras Hartamas melibatkan HSK seluas 45.0 hektar, Projek Talian Penghantaran Elektrik 275kV dari PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak seluas 34.0 hektar dan Projek Talian Penghantaran Elektrik 275kV dari PMU Kg Pandan ke Ampang East dengan seluas 39.08 hektar. Manakala bagi projek pemasangan TNB Pylon yang melibatkan HSK di dalam DUN Teratai adalah seluas 22 hektar sahaja.

     

    Kesemua kawasan yang telah diluluskan ini akan diberikan Permit Penggunaan yang akan dikeluarkan Pihak Berkuasa Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.