Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

299) KAWASAN INDUSTRI HULU SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Zurah Industri Park, Hulu Selangor dan Bernam Jaya Industrial Park adalah kawasan industri di Hulu Selangor. Bagaimanakah prestasi dan perkembangan dua kawasan industri ini?

    PKNS hanya mempunyai kawasan industri di Rasa, daerah Hulu Selangor iaitu Pusat Perindustrian Zurah sahaja manakala di Bernam Jaya, tiada kawasan dikhususkan untuk industri.

    Di kawasan Perindustrian Zurah ini terdapat Pusat R&D SIRIM Berhad yang memberi khidmat dalam penyelidikan industri jenis ’foundry’ seperti mesin dan peralatan.

    Sehingga kini PKNS telah menjual keseluruhan lot industri berjumlah 232 lot dengan keluasan 341.20 ekar.

Lampiran

Tiada Lampiran.