Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

169) KAWASAN INDUSTRI ZURAH RASA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Status terkini permohonan PKNS untuk mengeluarkan hakmilik individu kepada pemilik kilang di Kawasan Industri Zurah Rasa.

    Permohonan pengeluaran hakmilik individu telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui surat Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor (PTDHS) bertarikh 29 Julai 2015. PTDHS sedang menunggu laporan penilaian dari JPPH sebelum mengeluarkan Notis 5A kepada PKNS untuk PKNS menjelaskan bayaran premium.

Lampiran

Tiada Lampiran.