Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

207) KAWASAN INDUSTRI ZURAH RASA

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan kawasan industri Zurah Rasa kepada pelabur asing?

    Antara langkah-langkah yang telah diambil untuk memperkenalkan kawasan Industri Zurah, Rasa kepada pelabur asing adalah seperti berikut;-

    1. Penyertaan pelbagai program promosi dan kempen jualan hartanah PKNS yang diadakan sepanjang tahun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan.
    2. Pengiklanan dalam laman web ‘Yellow Pages’, akhbar ‘The Edge’ dan akhbar Sin Chew Jit poh.
    3. Mengedarkan ‘Flyer’ kepada Malaysian Iron & Steel Industry Federation, MIDA, SSIC dan SIRIM.
    4. Bekerjasama dengan pihak SSIC bagi mempromosikan kawasan industri zurah kepada pelabur yang berminat.
    5. Kawasan ini juga turut dipromosikan sewaktu lawatan-lawatan teknikal pelaburan ke luar negara yang dianjurkan oleh MIDA dan SSIC.

    Walaupun secara dasarnya masih tidak banyak pembangunan yang dilakukan di kawasan industri Zurah, namun lot-lot industri yang sedia ada telah habis dijual.

Lampiran

Tiada Lampiran.