Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

307) KAWASAN INDUSTRI ZURAH RASA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah benar lot-lot industri di Kawasan Industri Zurah Rasa masih tidak dibangunkan walaupun habis dijual?

    Kesemua 235 lot industri Zurah telah habis dijual. Daripada 235 lot tersebut 51 lot telah didirikan bangunan, manakala baki lot adalah dalam pelbagai tindakan syarikat seperti sedang mengemukakan permohonan kelulusan pelan bangunan dan urusan pelantikan kontraktor untuk membina kilang.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.