Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

89) KAWASAN KHAS BAGI PENGEDAR-PENGEDAR KERETA TERPAKAI DAN BENGKEL-BENGKEL KERETA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri sedang mencari tapak tanah atau kawasan khas untuk tujuan dijadikan satu tempat bagi pengedar-pengedar kereta terpakai dan bengkel-bengkel kereta sepertimana yang telah dilakukan bagi pengendali-pengendali operasi besi buruk?

    Pihak Majlis tidak menyediakan tapak – tapak khas bagi tujuan aktiviti – aktiviti jualan
    kereta terpakai dan bengkel kereta. Ini adalah kerana aktiviti kereta terpakai boleh
    dibenarkan dalam kawasan yang dizonkan sebagai kawasan perdagangan / perniagaan
    sama ada dalam bangunan perdagangan/ kedai pejabat serta tapak – tapak perniagaan
    yang belum dibangunkan. Manakala aktiviti bengkel boleh dibenarkan dalam kawasan
    zon perindustrian.

Lampiran

Tiada Lampiran.