Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

90) KAWASAN LAPANG

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Butirkan semua kawasan lapang yang diwartakan oleh MBPJ

    Terdapat 470 lokasi kawasan lapang di Petaling Jaya dengan keluasan sebanyak 1,891,893 ekar. Kesemua lokasi terlibat telah dikemukakan permohonan pewartaan ke PTD Petaling. (Rujuk Jadual 1 di Lampiran).

    Daripada 470 lokasi kawasan lapang tersebut :-

    • 199 lokasi (42.34%) telah selesai proses dan diisytiharkan warta
    • 249 lokasi (52.98%) telah mendapat kelulusan warta dari YB. Menteri Besar
    • 11 lokasi (2.34%) telah mendapat kelulusan warta dari EXCO MTES
    • 11 lokasi (2.34%) dalam tindakan PTD Petaling

Lampiran

Tiada Lampiran.