Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

53) KAWASAN LAPANG

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah, menambah baik dan membaik pulih kawasan lapang di kawasan bandar seperti di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam?

    Kerajaan Negeri sedang menggiatkan usaha untuk mewartakan semua kawasan lapang di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk di Petaling Jaya, Subang Jaya dan Shah Alam. Tindakan ini adalah bagi mengelakkan ada pihak lain menggunakan kawasan tersebut untuk tujuan selain daripada kawasan lapang.  Bagi menambah baik kawasan lapang sedia ada yang telah diwartakan, Kerajaan Negeri telah meminta semua PBT untuk memastikan kawasan tersebut dalam keadaan yang baik, bersih dan boleh digunakan untuk aktiviti riadah penduduk berhampiran.  PBT juga diminta untuk memantau kawasan tersebut agar tidak ada sebarang struktur kekal didirikan tanpa mendapat kelulusan daripada Pegawai Pengawal kawasan lapang.

Lampiran

Tiada Lampiran.