Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

120) KAWASAN LAPANG DI SELANGOR

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kawasan lapang yang telah disewa kepada syarikat swasta? Sila berikan butir-butir mengikut kawasan DUN

    Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk mengumpulkan serta mewartakan
    semua kawasan lapang di NegeriSelangor. Semua Pihak BerkuasaTempatan di
    minta mengemukakan data kawasan lapang yang perlu diwartakan secara
    berperingkat mengikut keutamaan untuk diwartakan. Pada masa ini terdapat
    sebanyak 3793 kawasan lapang yang telah berjaya dikenal pasti di Negeri
    Selangor. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dianggotai
    oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan jabatan-jabatan berkaitan
    bertujuan mempercepatkanproses pewartaandan memastikansemua maklumat
    dapat disalurkan dengan cepat untuk diambil tindakan (sedang di dalam
    tindakan mengemas kini maklumat tambahan daripada Pihak Berkuasa
    Tempatan).

Lampiran

Tiada Lampiran.