Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

208) KAWASAN LUAR BANDAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membangunkan kawasan luar bandar seperti menaiktarafkan infrastruktur umpamanya di kawasan Sungai Pelek

    Kerajaan Negeri dari dulu hingga kini memberi tumpuan spesifik kepada Pembangunan Desa tidak kira kepada Kampung Baru, Kampung Tersusun, Kampung Bagan atau Kampung Tradisi. Matlamat Kerajaan Negeri secara amnya adalah untuk meningkatkan pendapatan serta taraf ekonomi penduduk desa. Ini sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup serta merapatkan jurang ekonomi masyarakat bandar dan desa.

    Kerajaan Negeri ada menyediakan peruntukan khusus tahunan untuk pembangunan infrastruktur kampung Melayu dan kampung tradisi di bawah peruntukan Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang dikawal selia oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri. Walau bagaimanapun, tiada peruntukan khas untuk kawasan Sungai Pelek. Selain penyediaan peruntukan khusus tersebut, Kerajaan Negeri juga sedia mempertimbangkan permohonan dari semasa ke semasa sekiranya keperluan pelaksanaan projek pembangunan tersebut adalah mendesak.

Lampiran

Tiada Lampiran.