Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

328) KAWASAN NIAGA UPTOWN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah konsep kawasan niaga uptown ini?

    Jumlah keseluruhan uptown di Negeri Selangor adalah sebanyak 9. Daripada jumlah tersebut 3 sudah tidak beroperasi lagi, baru-baru ini Majlis Daerah Kuala Selangor telah meluluskan permohonan mewujudkan uptown di Pusat Perdagangan Alam Jaya. Daripada jumlah-jumlah di atas hanya 1 sahaja yang diuruskan oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan. Konsep kawasan niaga uptown ialah, Kerajaan melantik Agensi Pelaksana untuk mengurus, menyelenggara, menjaga keselamatan dan menjalankan aktiviti-akitiviti di Kompleks Muhibbah (Uptown) Seksyen 24, Shah Alam. Agensi pelaksana melalui organisasinya yang tersendiri akan merancang bagi memberi peluang kepada para peniaga kecil untuk memasarkan barangan mereka, memperbaiki taraf usahawan Bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.