Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

152) KAWASAN OPERASI BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci kawaasan operasi perjalanan Bas Smart Selangor yang dilancarkan pada tahun 2016.

    Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016, sebelas (11) laluan telah diperkenalkan dengan 34 buah Bas Smart Selangor digunakan di semua daerah. Bagi laluan tambahan terbaru pada tahun 2016, Bas Smart Selangor telah beroperasi di kawasan pentadbiran Ampang Jaya, Kajang, Sepang, Kuala Langat, Selayang, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

    Laluan Bas Smart Selangor boleh didapati di dalam laman sesawang atau portal setiap PBT. Maklumat terperinci kawasan operasi perjalanan Bas Smart Selangor yang dilancarkan pada tahun 2016 adalah seperti di Lampiran I.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.