Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

333) KAWASAN PEMBINAAN SELAMAT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prosedur PBT bagi menjamin kawasan pembinaan yang selamat kepada penduduk?

    Bagi  menjamin kawasan pembinaan yang selamat PBT mewajibkan setiap pemaju projek pembangunan mematuhi perkara-perkara seperti berikut :-

    • Pagar keselamatan hendaklah dibina disekeliling tapak pembinaan dan kawasan rumah kongsi untuk memisahkan kawasan pembinaan dengan kawasan awam. Kawasan yang sering menjadi laluan orang awam hendaklah dilengkapi dengan laluan berbumbung ‘hood’ yang  menutupi kaki lima/ laluan pejalan kaki bagi mengelakkan kecederaan.
    • Jaring keselamatan hendaklah dipasang di sekeliling bangunan secara keseluruhan bermula dari pelantar perangkap yang pertama sehingga ke tingkat yang tertinggi yang sedang dalam pembinaan bagi pembangunan yang melebihi 5 tingkat.
    • Menyediakan seorang penyelia yang perlu sentiasa berada di tapak semasa kerja-kerja dijalankan. Butiran seperti nama dan nombor telefon penyelia tersebut hendaklah diserahkan ke PBT.
    • Memastikan kebersihan di tapak dan jalan tidak kotor dan menyediakan ‘wash trough’ di pintu masuk agar lori dapat membersihkan tayar sebelum keluar dari tapak pembinaan.
    • Menitikberatkan aspek-aspek keselamatan seperti yang diperuntukkan di dalam Akta CIDB (Akta 520).
    • Menyediakan lampu limpah di tapak pembinaan bagi pembinaan yang telah mendapat kelulusan kerja waktu malam.
    • Menyediakan ‘blinkers’ di jalan keluar masuk ke tapak.
    • Mengemukakan jadual semburan asap ke Jabatan Perkhidmatan Bandar bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes di tapak binaan
    • Mengemukakan jadual kutipan sampah di rumah-rumah pekerja
    • Memastikan sisa kumbahan dimasukkan ke tangki septik bukan ke longkang awam
    • Memastikan tapak pembinaan tidak menghasilkan sebarang pencemaran bunyi melebihi dari 60 dB tahap bunyi yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Lampiran

Tiada Lampiran.