Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

195) KAWASAN PENEMPATAN TIDAK TERANCANG

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian kerajaan ke atas kawasan penempatan lot tanah yang dipecah-pecahkan yang dibina rumah-rumah tanpa terancang

    Berdasarkan perspektif pentadbiran tanah, peruntukan Seksyen 115 (4)(a) KTN membenarkan pemilik tanah kategori pertanian untuk menduduki tanah tersebut secara sah dengan membina sebuah bangunan kediaman tidak boleh meliputi lebih daripada 1/5 keseluruhan tanah tersebut atau 2 hektar yang mana lebih kecil. Sekiranya terdapat keadaan kegunaan tanah ini disalah guna, tindakan penguatkuasaan pelanggaran syarat tanah boleh dilaksanakan ke atas pemilik tanah terbabit untuk tujuan pemulihan tanah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.