Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

150) KAWASAN PENTERNAKAN YANG DIGAZETKAN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pelan tindakan dan sasaran Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan wujudkan bekalan hasil tenusu yang memadai untuk keperluan rakyat Selangor?

    Pelan tindakan bagi perkara ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui beberapa program.  Program-program tersebut dengan sasarannya adalah seperti berikut :

    BIL NAMA PROGRAM

    DAN KETERANGAN RINGKAS

    MATLAMAT PROGRAM SASARAN 2020
    1. TRANSLOKASI –

    Penempatan semula penternak yang telah menerima notis tutup daripada PBT

    Mencegah penutupan atau perpindahan ladang lembu ke negeri lain terutamanya ladang lembu tenusu berskala komersial dan semi-komersial Menyediakan 20 plot penternakan baharu di Olak Lempit yang berkeluasan sekurang-kurangnya 2.02 hektar setiap plot.
    2. PEMBIAKAN AI –

    Pembiakan melalui permanian beradas (AI) sama ada dilaksanakan oleh penternak (DIY) atau kakitangan jabatan.

    Meningkatkan kadar kelahiran dan memperbaiki kualiti baka lembu tenusu tempatan Indeks kadar kelahiran lembu tenusu sekurang-kurangnya 60%.

    Indeks pengeluaran susu sehari per induk 10 liter.

    Mewujudkan 6 penternak lembu tenusu melakukan AI-DIY.

    3. SKIM PENGGANDA RUMINAN SELANGOR (SPERS) –

    Pengagihan induk ruminan termasuk lembu tenusu kepada penternak komersial/ semi-komersial dengan harga subsidi.

    Mentransformasi penternak lembu tenusu kepada skala komersial. Menambah dan menggantikan induk sedia ada dengan induk berkualiti yang diimport.

     

    Mengekalkan atau mewujudkan 3 penternak komersial yang mempunyai sekurang-kurangnya 50 ekor induk lembu tenusu per penternak.
    4. SKIM BREEDLOT

    Pengagihan induk ruminan termasuk lembu tenusu kepada penternak kecil-kecilan secara geran.

    Menambah dan menggantikan induk sedia ada dengan induk berkualiti. Mengagihkan sekurang-kurangnya 5 induk lembu tenusu kepada setiap penternak yang terpilih.

    Matlamat umum berkaitan industri lembu tenusu di negeri Selangor adalah mengekalkan tahap sara diri pengeluaran susu sekurang-kurangnya 1.5% seperti yang telah dicapai secara purata pada RMK-10 (2011 – 2015).  Negeri ini tidak mampu mengeluarkan lebih banyak susu kerana penternakan lembu tenusu memerlukan kawasan yang luas sementara negeri Selangor lebih menumpukan sumber-sumbernya kepada sektor pembuatan/perindustrian, hartanah dan perkhidmatan.  Namun, negeri ini tidak mempunyai masalah untuk memenuhi permintaan rakyatnya kerana susu diimport luar negara seperti New Zealand, Australia dan Belanda.

Lampiran

Tiada Lampiran.