Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

195) KAWASAN PERINDUSTRIAN BARU

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan pertumbuhan kawasan-kawasan perindustrian baru di Negeri selangor ?

    Sektor perkilangan dan perkhidmatan memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi Selangor. Justeru itu, Kerajaan Negeri Selangor memberikan tumpuan khusus kepada usaha-usaha pembangunan sektorsektor ini secara menyeluruh.

    Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya, SSIC Berhad yang bertindak selaku Agensi Sehentian Pelaburan sentiasa mempromosikan kawasankawasan di seluruh Selangor untuk pembangunan perindustrian dan adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan pembangunan perindustrian di kawasan luar Lembah Klang bagi mengimbangi pembangunan agar tidak hanya bertumpu di kawasan Lembah Klang sahaja selain memajukan kawasan-kawasan tersebut.

    Namun begitu, kesediaan para pelabur untuk melabur di sesuatu tempat didorong oleh pelbagai faktor seperti berikut;-

    i.Penawaran buruh di kawasan persekitaran.

    ii. Kemudahan infrastruktur dan lain-lain kemudahan asas yang diperlukan seperti bekalan elektrik, air, gas dan kemudahan komunikasi dan internet.

    iii.Kewujudan industri sokongan atau perkhidmatan. iv. Jarak kawasan tersebut ke pelabuhan dan ke lapangan terbang.

    v.Kos pengangkutan

    vi.Kesesuaian tempat untuk sesuatu cadangan projek.

    vii.Kewujudan industri sokongan

    Anak-anak syarikat kerajaan negeri dan juga pihak swasta adalah digalakkan untuk membangunkan kawasan-kawasan industri yang lengkap dengan infra dan kemudahan asas bagi memudahkan para pelabur untuk beroperasi di kawasan tersebut.

    Bagi membantu pihak pemaju untuk merealisasikan cadangan pembangunan mereka, pihak SSIC sentiasa memberikan khidmat bantuan bagi menyelaras permohonan kelulusan pembangunan yang diperlukan daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.

    Selain itu, SSIC juga turut membantu pihak pemaju untuk mempromosikan kawasan pembangunan mereka kepada para pelabur yang berminat.

Lampiran

Tiada Lampiran.