Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

197) KAWASAN PERUMAHAN DAN PADANG TIDAK DIURUSTADBIR DENGAN BAIK

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kebanyakan padang dan kawasan permainan di taman-taman Kawasan DUN Meru terabai dengan permainan yang rosak, padang tidak dikawal selia dengan penanaman pokok kekal oleh penduduk , sampah sarap dsbnya. Apakah tindakan yang patut diambil oleh MPK dalam menangani aduan seperti ini?

    Tindakan yang patut diambil oleh MPK dalam menangani aduan berikut adalah:-

    1. Menjalankan pemantauan terhadap kontraktor yang dilantik untuk menjalankan pembersihan kawasan.
    2. Tindakan penguatkuasaan terhadap penduduk setempat agar tidak membuang sampah di kawasan permainan.
    3. Notis dan kompaun diberikan kepada pesalah yang membuang sampah di merata tempat.

Lampiran

Tiada Lampiran.