Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

167) KAWASAN PESISIR PANTAI TENGGELAM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi menghadapi kawasan risiko kawasan pesisir yang tenggelam akibat kenaikan paras air laut

    Bagi menghadapi kawasan pesisir pantai yang berisiko tenggelam akibat kenaikan paras air laut, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah meluluskan siling peruntukan pembangunan sebanyak RM36 juta bagi projekprojek pembangunan pantai. Tiga skop utama adalah memperkukuh benteng pantai, kawalan hakisan dan pemeliharaan dan pemuliharaan pantai dan muara. Terdapat 6 projek utama dibawah peruntukan ini. Pecahan projek adalah seperti berikut:

     

    Bil Tajuk Projek Status Kos Kontrak
    1 Kerja-kerja membina lapis lindung dan kerja berkaitan di Pantai Morib-Kelanang, Daerah Kuala Langat Siap pada 2017 RM5.3 juta
    2 Kawalan hakisan dan memperkukuh benteng pantai di Kawasan pertanian Kuala

    Selangor

    Siap pada Jun 2018 RM6.2 juta
    3 Kawalan hakisan dan memperkukuh benteng pantai Blok 1, Blok 2 dan Coastel Belt,

    Daerah Sabak Bernam

    Siap pada Julai 2018 RM3.5 juta

     

    Bil Tajuk Projek Status Kos Kontrak
    4 Menaiktaraf struktur dan ban pantai Tanjung Rhu, Daerah

    Sepang

    Mula Julai  2018 RM1.5 juta
    5 Kerja-kerja menaiktaraf struktur dan ban pantai di Batu Laut, Daerah Kuala Langat Mula Mei 2018 RM2.3 juta
    6 Kerja-kerja pembaikan tembok penahan ombak di Pantai dataran

    Morib, Daerah Kuala Langat

    Mula Ogos 2018 RM1.7 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.