Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

26) KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah prosedur untuk menggazetkan sesebuah kawasan sebagai kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

    Prosedur untuk menggazetkan sesebuah kawasan sebagai kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti mana yang dinyatakan dalam Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171).

     

    Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171):

     

    “Pengisytiharan dan penetapan taraf kawasan–kawasan pihak berkuasa tempatan.

     

    Untuk pentadbiran kerajaan tempatan di bawah Akta ini, Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta

     

    1. mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam Negeri itu menjadi suatu kawasan pihak berkuasa tempatan;
    2. memberi suatu nama kepada kawasan pihak berkuasa tempatan itu;
    • menentukan sempadan-sempadan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu; dan

    menetapkan taraf pihak berkuasa tempatan itu dan taraf itu adalah taraf Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah

Lampiran

Tiada Lampiran.