Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

19) KAWASAN RAYAU ORANG ASLI

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan usaha-usaha kerajaan yang telah dilaksanakan untuk memelihara nasib orang asli di negeri Selangor sepanjang tahun 2009-2012.

    Usaha Kerajaan Negeri dalam memastikan nasib Orang Asli (Orang Asal) di Negeri Selangor sepanjang tahun 2009 hingga 2012 dilaksanakan dengan mengguna pakai peraturan dan undang-undang serta dasar Kerajaan Negeri melalui Pekeliling PTGS Bil.1/2006 berkaitan dengan Dasar Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan permohonan pemberimilikan tanah kepada Orang Asli (Orang Asal).

    Selain itu, terdapat pelbagai program dan projek kecil dijalankan bagi tujuan pembangunan masyarakat Orang Asli di Selangor dengan mengguna pakai peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. Antara program yang dijalankan adalah seperti berikut :

    • Majlis Pelancaran Penjanaan Bekalan Mini – Hydro di Kampung Orang Asli Tanjung Rambai;
    • Pemasangan bekalan elektrik untuk penduduk Kampung Orang Asli

    Buloh Telor, Kuala Kubu Baharu;

    Program Pemetaan Komuniti Fasa ke-2.

Lampiran

Tiada Lampiran.