Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

226) KAWASAN REKREASI GUNUNG NUANG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan induk bagi membangunkan Taman Hutan Gunung Nuang?

    Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sedang menyediakan Rancangan Pelan Pengurusan Hutan Lipur bagi keseluruhan Hutan Lipur yang terdapat di Negeri Selangor bermula pada tahun 2016. Manakala Pelan Pembangunan Hutan Lipur bagi setiap hutan lipur di Negeri Selangor akan disediakan secara berasingan yang akan menjadi panduan kepada JPNS mengurus dan membangunkan hutan lipur secara lebih spesifik, teratur dan

     

    Pelan Pembangunan Hutan Lipur ini akan disediakan secara berperingkat- peringkat tertakluk kepada jumlah peruntukan tahunan yang diterima. Pelan Pembangunan Hutan Lipur Gunung Nuang yang akan disediakan pada tahun 2016 ini adalah selaras dengan keperluan bagi mewujudkan kawasan rekreasi berasaskan kepada aktiviti pendakian gunung. Pelan pembangunan tersebut juga turut akan mengambil kira keperluan bagi menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada pengguna serta konsep pembangunan mesra alam sekitar. Ianya juga berpotensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk aktiviti eco-tourism bagi Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.