Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

165) KAWASAN REKREASI KELUARGA BATU LAUT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kriteria yang menyebabkan kawasan ini mendapat anugerah pantai tercantik di Selangor?

    Kriteria penganugerahan adalah:-

    1. Kawasan tumpuan awam;
    2. Mempunyai potensi dalam melibatkan penduduk sekitar (penglibatan komuniti);
    3. Mempunyai daya tarikan secara semulajadi terutamanya yang melibatkan pelbagai pelaksanaan aktiviti/program di kawasan tersebut;
    4. Berpotensi sebagai sebuah pantai yang mampu menarik ramai orang awam berkunjung ke kawasan tersebut pada bila-bila masa.

Lampiran

Tiada Lampiran.