Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

44) KAWASAN RIADAH ATAU REKREASI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewajibkan kawasan riadah seperti gelanggang Futsal di kawasan-kawasan kediaman penduduk yang mempunyai kepadatan yang tinggi yang melebihi 1,000 unit rumah.

    Pada masa ini belum ada garis panduan atau arahan dari Kerajaan Negeri bagi penyediaan gelanggang Futsal di kawasan kediaman melebihi 1,000 unit rumah. Walau bagaimanapun pihak pemaju disyaratkan untuk menyediakan keperluan padang bola sepak, gelanggang serba guna merangkumi badminton/ sepak takraw/ bola tampar dan lain-lain kemudahan riadah seperti ‘jogging track’ dan peralatan permainan kanak-kanak. Penyediaan gelanggang futsal pada masa ini adalah dilihat berdasarkan permintaan dari pihak penduduk setempat, kesesuaian lokasi dan peruntukan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan itu sendiri. Walau bagaimanapun cadangan dasar perancangan dan penyediaan padang bola sepak bagi kegunaan awam di kawasan perumahan di Selangor perlu dijadikan asas pertimbangan dan diselaraskan di peringkat Kebenaran Merancang bagi cadangan pembangunan perumahan di setiap PBT yang mempunyai kepadatan bilangan unit rumah sebanyak 1200 unit dengan mengambil 12 unit rumah per ekar dan anggaran penduduk dalam lingkungan 5400 orang. Maka satu padang bola sepak dengan keluasan minima 3 ekar perlu disediakan dan dikemukakan oleh pemaju perumahan.  

     

Lampiran

Tiada Lampiran.